One Knight Leads Himself...

A champion is someone who gets up, even when he can't. He do it because he can, he can because he want to, he want to because the others said he couldn't.

Published by FDanialz under on 01:33
Kenape lelaki selalu dikaikan dengan terer matematik dan suka tengok bola [Jawapan]

Aku suka membaca, tapi aku selalu lupa apa yang aku bace tu. huh..useless la jadiknye.. So aku nak share kat sini supaya aku dapat ingat apa yang ada dalam otak aku ni.. huaaa.... [intro copyright amal]

Buku yang aku baca ni sangat menarik, menceritakan tentang otak manusia yang mempunyai 3 quotient yang penting : Intelligent Quotient, Emotional Quotient, Spiritual Quotient. Dan ketiga2 quotient ni sangat berkait rapat dan tak boleh dipisahkan.

[Image]1. Ramai manusia hanye penting kan IQ dan EQ jer, dan SQ mereka diabaikan. Dan ramai juga yang tertanya mengapa orang2 yang kaya, pandai dan hidup dalam kemewahan, hati nya sangat resah. Macam ada satu menda yang tak kena walaupun hidup serba mewah. Sampai kan ada orang kaye sanggup bunuh diri sebab hati dia asyek resah jer. Pelik kan? Mereka tak tau bahawa mereka mengabaikan SQ dalam kehidupan seharian mereka, sebab tu la mereka asyek tak tenang jer. Ketenangan tu tak boleh dicari melalui kemewahan harta. Hanye boleh didapati dalam solat sahaja. Ketenangan adalah anugerah Tuhan kepada hamba2 yang dikehendaki NYA.


2. Kenapa lelaki selalu dikaitkan dengan terer math? Kosmate ku dila bertanye di entry nya.

[Image]
Berdasarkan buku itu, Lobus pariental lelaki lebih besar 6% daripada perempuan. Atau dalam bahase omputihnye inferior-parietal lobule. Apa tu lobus pariental tu?

Lobus pariental adalah satu bahagian di dalam otak kita yang bertanggung jawab dalam mengatur "kemampuan viduo-spasial" dan sangat diperlukan dalam bidang matematik dan seni bina. Erti kate lain, mampu untuk menyelesaikan masalah ruang tiga dimensi [3D]

Bak kate lecturer aku, perempuan bila belajar hanya nampak apa yang ditulis di whiteboard sahaja, tapi lelaki 'nampak' jauh menembusi whiteboard.

Contoh yang lain, majoriti lelaki lebih bijak membaca peta sebab lelaki boleh membayangkan secara 3D. Manakala perempuan lebih suka bertanya jalan.

Walaupon lelaki mempunyai kelebihan 'membaca' ni, tapi ia tak bermaksud semua lelaki lebih pandai dari perempuan.

Sekarang ni musim world cup kan? Kita tengok perbezaan komen2 antara lelaki dan perempuan perihal bola sepak ni..


Lelaki

"Taktik Germany sangat menarik, banyak maen through pass dan pandai beat offside trap. Diorang bukan je padan beat, tapi defend diorang pandai buat perangkap offside. Sorang passing bola, lagi sorang dah on the run dulu, taktik ni sangat berkesan bile lawan Argentina dan England" "England maen sangat boring, tempo yang agak slow dan banyak long ball. Jarang mengelecek, sangat berhati2 dalam passing dan berharap kat nasib 'set-piece' diorang jer. Terlalu bergantung sangat kat rooney. Padahal rooney tak bagi impak yang beso sangat pon" "Team amerika selatan macam Brazil dan Argentina sangat kreatif dalam jentera serangannya. Banyak gelecek, banyak short pass, banyak mengumpan. Team yang tak bosan bile tengok. Sume skill diorang boleh buat. Cuma kelemahan diorang adalah mentaliti diorang tak sebaik team2 eropah. Bila Argentina dah bolos 2 gol, diorang kelihatan macam tak nak maen da. Senang jer Germany gol lagi 2. Brazil pula sangat emosional bile dah bolos 2 gol. Bile Brazil marah, diorang maen cam england lak, banyak long ball. Tackle dengan kasar, pastu siap terajang lagi. Haa kan dah kena red card" [rasenye perempuan tak paham apa yang laki cakap ni]


Perempuan

"Spain memang best, ada Torres, David Villa, Cassilas, diorang sume hensem2. Nasib baik Spain ada keeper hensem dan terer, kalau tak Germany dah gol sebijik. [kalau tak de keeper memang la dah gol] Sape yang gol mase lawan Germany tu? Pemain baru ke? Tak pernah nampak pon. [Charles Puyol dah maen sejak 2000 lagi, mentang2 la dia tak hensem] "I tak paham la asal lelaki suka sangat tengok bola, bola tu kan bulat, sepak je la. Kalau tak sepak macamane nak gol. Tengok macam Germany banyak sepak bola, banyak la gol diorang" "I sokong brazil sebab diorang ada orang hensem2 cam Kaka. I sokong Argentina jugak sebab diorang pendek2 kiut2 macam Messi. [padahal sorang jer]
[Image] Kiut kan orang argentina
Perempuan bila tengok bola hanye nampak apa yang ada kat skrin tv tu, lelaki dapat 'tengok' lebih daripada skrin tu, taktik, strategi, dan lain2.

yang tu la perempuan salu kalah Chess kalau lawan dengan lelaki hehehe.

Secara konklusinya, cara pemikiran lelaki dan perempuan adalah berbeza. Walaupun lelaki mempunyai kelebihan dalam imiginasi 3D nya tetapi ia tak bermaksud otak lelaki lebih cergas dari perempuan. Ia bergantung bagaimana manusia itu menggunakan otaknya. Perempuan pula ada kelebihan lain yang jarang lelaki ada seperti Multi-Task [buat banyak mende dalam 1 mase]. Nanti aku sambung pasal perempuan lak.



Lelaki : Brazil bile dah mengamok diorang maen sangat kalut, bagi long ball macam england sebab nak cepat gol, pastu maen kasar. Holland steady jer tak de kalut2, yang tu diorang boleh menang sebab diorang dapat control bola

Perempuan : Tapi comel la bila Kaka marah kan

note: aku suka la perempuan tengok bola, salu bagi komen yang tak disangka2 haha

Kenape lelaki selalu dikaikan dengan terer matematik dan suka tengok bola [Jawapan]

Published by f.deNy dA grEat under , , , on 11:54
Aku suka membaca, tapi aku selalu lupa apa yang aku bace tu. huh..useless la jadiknye.. So aku nak share kat sini supaya aku dapat ingat apa yang ada dalam otak aku ni.. huaaa.... [intro copyright amal]

Buku yang aku baca ni sangat menarik, menceritakan tentang otak manusia yang mempunyai 3 quotient yang penting : Intelligent Quotient, Emotional Quotient, Spiritual Quotient. Dan ketiga2 quotient ni sangat berkait rapat dan tak boleh dipisahkan.

1.  Ramai manusia hanye penting kan IQ dan EQ jer, dan SQ mereka diabaikan. Dan ramai juga yang tertanya mengapa orang2 yang kaya, pandai dan hidup dalam kemewahan, hati nya sangat resah. Macam ada satu menda yang tak kena walaupun hidup serba mewah. Sampai kan ada orang kaye sanggup bunuh diri sebab hati dia asyek resah jer. Pelik kan? Mereka tak tau bahawa mereka mengabaikan SQ dalam kehidupan seharian mereka, sebab tu la mereka asyek tak tenang jer. Ketenangan tu tak boleh dicari melalui kemewahan harta. Hanye boleh didapati dalam solat sahaja. Ketenangan adalah anugerah Tuhan kepada hamba2 yang dikehendaki NYA.


2. Kenapa lelaki selalu dikaitkan dengan terer math? Kosmate ku dila bertanye di entry nya.


Berdasarkan buku itu, Lobus pariental lelaki lebih besar 6% daripada perempuan. Atau dalam bahase omputihnye inferior-parietal lobule. Apa tu lobus pariental tu?

Lobus pariental adalah satu bahagian di dalam otak kita yang bertanggung jawab dalam mengatur "kemampuan viduo-spasial" dan sangat diperlukan dalam bidang matematik dan seni bina. Erti kate lain, mampu untuk menyelesaikan masalah ruang tiga dimensi [3D]

Bak kate lecturer aku, perempuan bila belajar hanya nampak apa yang ditulis di whiteboard sahaja, tapi lelaki 'nampak' jauh menembusi whiteboard.

Contoh yang lain, majoriti lelaki lebih bijak membaca peta sebab lelaki boleh membayangkan secara 3D. Manakala perempuan lebih suka bertanya jalan.

Walaupon lelaki mempunyai kelebihan 'membaca' ni, tapi ia tak bermaksud semua lelaki lebih pandai dari perempuan.

Sekarang ni musim world cup kan? Kita tengok perbezaan komen2 antara lelaki dan perempuan perihal bola sepak ni..


Lelaki  

  •  "Taktik Germany sangat menarik, banyak maen through pass dan pandai beat offside trap. Diorang bukan je padan beat, tapi defend diorang pandai buat perangkap offside. Sorang passing bola, lagi sorang dah on the run dulu, taktik ni sangat berkesan bile lawan Argentina dan England" 
  • "England maen sangat boring, tempo yang agak slow dan banyak long ball.  Jarang mengelecek, sangat berhati2 dalam passing dan berharap kat nasib 'set-piece' diorang jer. Terlalu bergantung sangat kat rooney. Padahal rooney tak bagi impak yang beso sangat pon"
  •  "Team amerika selatan macam Brazil dan Argentina sangat kreatif dalam jentera serangannya. Banyak gelecek, banyak short pass, banyak mengumpan. Team yang tak bosan bile tengok. Sume skill diorang boleh buat. Cuma kelemahan diorang adalah mentaliti diorang tak sebaik team2 eropah
  • Bila Argentina dah bolos 2 gol, diorang kelihatan macam tak nak maen da. Senang jer Germany gol lagi 2. Brazil pula sangat emosional bile dah bolos 2 gol. Bile Brazil marah, diorang maen cam england lak, banyak long ball. Tackle dengan kasar, pastu siap terajang lagi. Haa kan dah kena red card"
[rasenye perempuan tak paham apa yang laki cakap ni]


Perempuan

  •  "Spain memang best, ada Torres, David Villa, Cassilas, diorang sume hensem2. Nasib baik Spain ada keeper hensem dan terer, kalau tak Germany dah gol sebijik. [kalau tak de keeper memang la dah gol]
  • Sape yang gol mase lawan Germany tu? Pemain baru ke? Tak pernah nampak pon. [Charles Puyol dah maen sejak 2000 lagi, mentang2 la dia tak hensem]
  •  "I tak paham la asal lelaki suka sangat tengok bola, bola tu kan bulat, sepak je la. Kalau tak sepak macamane nak gol. Tengok macam Germany banyak sepak bola, banyak la gol diorang"
  •  "I sokong brazil sebab diorang ada orang hensem2 cam Kaka. I sokong Argentina jugak sebab diorang pendek2 kiut2 macam Messi. [padahal sorang jer

 Kiut kan orang argentina

 Perempuan bila tengok bola hanye nampak apa yang ada kat skrin tv tu, lelaki dapat 'tengok' lebih daripada skrin tu, taktik, strategi, dan lain2.

yang tu la perempuan salu kalah Chess kalau lawan dengan lelaki hehehe.

Secara konklusinya, cara pemikiran lelaki dan perempuan adalah berbeza. Walaupun lelaki mempunyai kelebihan dalam imiginasi 3D nya tetapi ia tak bermaksud otak lelaki lebih cergas dari perempuan. Ia bergantung bagaimana manusia itu menggunakan otaknya. Perempuan pula ada kelebihan lain yang jarang lelaki ada seperti Multi-Task [buat banyak mende dalam 1 mase]. Nanti aku sambung pasal perempuan lak.



Lelaki : Brazil bile dah mengamok diorang maen sangat kalut, bagi long ball macam england sebab nak cepat gol, pastu maen kasar. Holland steady jer tak de kalut2, yang tu diorang boleh menang sebab diorang dapat control bola

Perempuan : Tapi comel la bila Kaka marah kan

note: aku suka la perempuan tengok bola, salu bagi komen yang tak disangka2 haha

'Buat bayi dulu'. Asal kita kena ikut budaya barat?

Published by f.deNy dA grEat under on 22:08
Selepas aku sarapan dengan keluarga aku pagi tadi, aku berehat2 di ruang tamu tengok balek highlight brazil lawan belanda [aku suka tengok ulangan ni sebab match ni best] kemudian kakak aku tunjukkan aku 1 iklan movie kat surat kabo.Headline sangat menganggu konseterasi aku tengok bola. Eii omputih ni ingat idea diorang ni pandai sangat ke? Marah aku. Mane tak rosak nye akhlak kita kalau dah terbiasa dengan budaya2 barat macam ni. 

Aku dah bulatkan dengan garisan merah

Fall in love>Get Married>Have a baby. *Not necessarily in that order. 
Jadi Have a baby first.
Really?
Ye ke?
Pandainye.
Kalau la betul first order 'Have a baby' dulu, ape sal banyak sangat pembuangan baby? 
Kat semak, Kat tong sampah. Kat masjid. Kat tandas. 
Even kalau korang tanye doktor kat sepital pon, nak kate kan tiap2 ari ada 'ibu tunggal' muda yang mengandung. Budak sekolah lak tu. Doktor pon dah pening ramai sangat 'ibu tunggal' tu.
Tak ke pelik dalam 1 surat kabo ada berita tentang pembuangan bayi, kononnya nak bagi insaf orang ramai. tapi dalam surat kabo yang same ada iklan yang menggalakkan 'buat bayi dulu'.
Tanpa kita sedari negara barat dari dulu lagi dah berjaya merancuni pemikiran orang2 islam, melalui media massa jer. Bukan movie ni jer, banyak movie2 barat yang lain. Asal kita kena ikut negara barat? Negara barat ni maju sangat ke? Rakyat diorang pandai?

Even rakyat diorang sendiri pon tak tau apa yang jadi kat negara diorang, jadi kenape kita kena ikut diorang? kita ni tak cukup budaye ke? Meh kita tengok macamane kerajaan barat merancuni rakyat2 diorang sendiri dengan hiburan yang berlebihan, sampaikan isu semasa kat negara diorang pon tak tau..

Haa kalau aku bagi kasut free, mane kasut yang ko nak pilih?

Published by f.deNy dA grEat under , on 19:00
Terdapat pelbagai ragam manusia kita boleh lihat di dunia ni. Tak yah tengok jauh, tengok cara jalan setiap orang pon dah macam2 gaya. Ada yang jalan kenkang, ada yang jalan straight robot, ada jugak yang jalan terjungkit jungkit. Allah cipta manusia pelbagai2 bentuk dan ciri2. Dan kali ni aku nak cakap pasal jenis tapak kaki manusia.
Ada 3 jenis tapak kaki yang anda boleh tengok.

  1. Tapak kaki flat / kaki pronation
  2. Tapak kaki high-arches/supinate
  3. Tapak kaki normal
Anda boleh check la kaki anda yang mane satu, untuk keterangan lanjut boleh la merujuk entry kosmate aku ni Tips Pilih Kasut Ikut jenis Kaki [Cekgu Dilla]

Tengah2 aku surfing google kasut apa yang aku nak beli bukak sem nanti, sekali aku jumpe kasut/selipar yang pelik2. Cube korang try tengok..

  • Tau la korang pro sangat memancing kan, tapi tak de la nak buat ikan yang korang pancing tu jadikan selipar jer. Tak pasal2 baru pakai sekali dah tinggal tangkai jer dek kena makan kucing.
Hanyir? tak kesah.. janji cool...


  • Kalau ada pertandingan akuarium peringkat antarabangsa mesti korang boleh menang punye.
  • Hantaran kasut tumit spiderman kepada tunangnya.



  • Suka kat alam sekitar? Kasut ni bukan korang jer boleh pakai. Ulat beluncas pon boleh jadi kempopong kat sini.


  • Edisi khas untuk peminat donald duck


  • Khas untuk puteri lilin yang kaki nya tak leh tahan panas matahari

  • Ni la omputih salu cakap walking dog..

  • stail yang fanatik kat pokemon pon ada gak.. haa maen ko puas2 pakai kaki.





  • kertas pon boleh jalan laa..



  • kaki ketam.. naseb baek tak jalan senget cam ketam. huduh jadinya nanti



  • comel tak kasut nih? bukan setakat orang jer lari, kucing pon boleh terkejut asal la besar sangat tikus ni...





  • dalam banyak2 kasut , ni  kasut yang paling aku tak paham. apa tujuan sebenar pereka kasut ni? adakah ia membuat anda dapat berjalan dengan laju? ataupun ia memberi anda keselesaan bila berjalan? sambadi tulun jawab kan please...










Lihat bagaimana yahudi track kita di facebook..

Published by f.deNy dA grEat under on 18:05
Wahai rakan2 seperjuangan ku, cube lihat macamane 'I5rael' tracking apa yang kita buat kat facebook ni. 
Link ni boleh bukak, tapi jangan tekan 'like' tu..

http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts


Anda boleh lihat semua wall, status, note2 kita, atau apa sahaje yang berkaitan dengan perkataan I5rael tu, terpampar di Group mereka tu.. aku perasan aku punye link pasal i5rael pon banyak gak.. tanpa ku sedari..


cube tengok kat people like this tu, ada jugak sebahagian rakan kita termasuk dalam group tu. tanpa disengajakan[pelik tu] dan bilangan tu makin bertambah pada setiap sejam. 
[ketika entry ni ditulis = 17,864]


bukan setakat di fb sahaje, semua perkataan negara yahudi itu di direct kan ke page mereka sendiri dan dimonitorkan ke sane..


sebar2kan la kat rakan2 kita..


sebagai contoh.

Kerajaan Israel memberi sumbangan kemanusiaan kepada Palestin??

Published by f.deNy dA grEat under on 18:05

  1. Israel kata mereka mempertahankan diri. Maka, perlu menembak MATI pengganas yang menyerang mereka. Israel kata penumpang kapal Mavi Marmara bukanlah aktivis keamanan. Tetapi, pengganas atau terrorist yang ada link dengan al-Qaeda, Hamas dan sebagainya.
  2. Israel dakwa kapal itu bukan setakat membawa bantuan kemanusiaan, tetapi turut membawa senjata untuk di bekalkan kepada Gaza.
Serangan terhadap Kapal Konvoi Freedom Flotilla 31 Mei 2010
  1. Komando Israel telah diserang dengan batang besi, pisau, hose water [sumber amal], kayu dan kerusi. Di belasah dengan teruk, dan mereka bersyukur kerana tiada seorang komando yang mati dalam operasi mencegah keganasan tersebut.
  2. Jurucakap kerajaan Israel mendakwa, tentera Israel perlu memeriksa Mavi Marmara kerana kapal itu menceroboh Israel secara haram. Maka penumpang Mavi Marmara adalah pendatang haram.

kesimpulannya = Israel berhak menembak mati penumpang Mavi Marmara sebagai langkah keselamatan negara.








Berhak? apa buktinye Israel tu berhak boleh bunuh orang sesuke hati...
  • Pengganas? Kalau la aktivis itu ialah pengganas. Dah lama diorang bawak rifle AK-47, 22mm handgun, tembak jer masa komando Israel turun dari helikopter. Takpun bawak bomb C4 pastu letupkan diri masa askar tu turun. Senang cite.
  • Mavi Marmara nak menuju ke Gaza, bukan nak menuju ke Hebron atau mana-mana kawasan Israel. Gaza adalah kawasan Palestine. Boleh Israel cakap diorang ada kuasa nak halang kapal yang lalu kat perairan tu. Israel langung tak berhak nak menghalang Mavi Marmara.
  • Baiklah, komando Israel kata mempertahankan diri. Mempertahankan diri perlu sampai menembak mati 16 orang?  Ape kes.
  • Aktivis : Kayu, besi, kerusi, pisau hose water. Israel : MP5, M16, Keigh Commando, Sub- Machine Gun dan Desert Eagle. Fair ke?
  • Aktivis tak perlu ''mempertahankan diri'' ke bila ada komando turun dari helikopter hendak rampas kapal? Tak perlu mempertahankan diri bila ada sniper Israel tembak aktivis dari kapal lain? Nak duduk diam biar komando tibai sampai mampos?
  • Mavi Marmara belum masuk lagi dalam perairan Israel, masih lagi di perairan antarabangsa. Boleh ke komando Israel rampas kapal yang bukan dalam kawasannya? Lanun boleh lah.
  • Israel : 4 orang cedera. Aktivis : 16 mati. Fair ke?
  • asal UN dan US senyap jer..

cuba tengok video ni.. Israel boleh lagi putar belitkan cakap Israel telah memberikan sokongan kemanusiaan kepada palestin. Temberang sokongan kemanusiaan, sokongan kesetanan ade la..

Special thanks to aqram diatas sumbangan info.

Motivasi untuk putus cinta.

Published by f.deNy dA grEat under , , , , on 16:26


[apa punya tajuk daa]


Baru2 ni aku dikejutkan dengan berita salah seorang kami kenali telah menghadapi penyakit pelik dan masuk sepital. Tak pasti samada kemurungan ke, ataupun depressed. Tapi yang pasti dia mempunyai masalah mental. Bak kata sumber yang boleh dipercayai, putus cinta katanya. Dia trauma bila dia nampak perempuan yang dah berkahwin. Tak tau apa masalahnya.


Aku tak sangka. Dia kelihatan seorang yang riang dan nampak rock, tapi hati nye alahai... Aku masih ingat lagi pada ketika dahulu (lebih kurang 7tahun lepas), dia menghadapi penyakit yang sama. Kali ini berulang lagi sekali. Alasan pon sama jer : putus cinta. 


Hidup kita seperti freeway diatas. Sangat pantas.


Persoalannya, adakah putus cinta itu punca kepada seseorang itu menjadi tak terkawal dan masalah mental?
Ataupun adakah tindakan pasangannya itu merupakan puncanya? 


Kebanyakkan orang selalu menyalahkan benda lain apabila sesuatu itu bertindak mengikut luar kawalan. Tetapi jarang sekali orang menyalah diri mereka sendiri. Dan membiarkan diri mereka terus lalai tanpa memperbaiki diri sendiri.


Konsep hati yang lalai adalah hati yang kosong. Umpama seseorang itu menyerahkan sepenuh hatinya kepada seseorang yang dicintainya. Apabila seseorang yang dicintainya itu meninggalkannya, apa yang tinggalnya adalah hati yang kosong, sebab seluruh hatinya dah diberi kepada seseorang yang dicintai/meninggalkannya.
Apa yang tinggal kalau kita beri hati kita kepada seseorang?




Pelik kan ada sesetengah orang tu hatinya kosong dan jiwanya terganggu walaupun dikelilingi oleh harta yang banyak, sahabat yang ramai, nama yang popular dan pangkat yang besar. 
Bak kate omputih 'alone doesn't mean you are lonely. But the weird is most lonely feel alone even they are surrounded many people '


Kebanyakkan orang yang dah mencapai impiannya seperti mempunyai kereta rumah harta yang mewah, mempunyai isteri dan anak pinak, nama yang dikenali ramai. Tetapi mereka mempunyai hati yang tak tenang, seperti hidup ni tak best kalau hati yang kosong nih. 


Jadi macamane nak mengelak dari hati yang kosong nih?


"You are empty" 
"So are you"


Jawapannya yang paling tepat adalah sentiase mengisi hati dengan iman.

Dengan iman ini lah yang akan membuat insan itu kebal menghadapi dugaan hidup. 
Dengan iman ini lah insan itu tak mudah dipengaruhi oleh anasir2 negatif dan melalaikan.
Dan dengan iman lah, hati kita akan sentiase tenang apabila mengingatiNYA.


Sesungguhnya mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang. Kan2




Namun, sejauh mane pon manusia memalingkan hatinya dari mengingati NYA, Allah tetap mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih NYA yang tak berbelah bagi. Walaupon ketika hamba2 NYA sedang melakukan maksiat dan mengingkari NYA..


Ini menunjukkan kehebatan dan kebesaran rahmat Allah kepada kita semua. 


Walaubagaimana pon, sehebat manapun rahmat dan cahaya Ilahi di sekeliling kita, ia tidak akan menyinari kehidupan mereka yang membuta mata hatinya. Inilah yang menjadikan hati dan jiwa mereka kosong dan sunyi walaupun dikelilingi harta kemewahan, anak pinak dan sahabat handai.


Iman kita tak seperti malaikat, sentiase naik dan tinggi sahaja. Ada kalanya bila kita berada di tahap iman yang tinggi, ada kalanya kita juga berada di tahap iman yang rendah. Kita semestinya menyedari perkara ini. Iman oh Iman. Sungguh susah untuk aku nak tambahkan ko, malah amat mudah untuk aku  mengurangkan ko. Adakalanya iman kita akan menurun juga. Nak naik tu sangat susah woo, tapi bila turun tu punya la senang sangat. Jatuh macam tu jer. Tapi jangan risau, walaupun iman kita jatuh terjunam pon, selagi kita ada rasa nak naik balik tu, Allah akan sentiase tolong kita untuk nak naik balik. Itu lah kasih sayang Allah kepada hamba2 yang menginginkan keredhaan Nya.
Iman manusia sentiasa naik dan turun.


Dikala cuti yang memberikanku masa yang banyak terluang ini, aku rasa bagaikan goyah iman seketika.Pada awalan semasa aku pulang ke rumah, aku dapat kosisten dan istiqamah dalam amalan. Tapi bila dah lama sikit tu, mesti hanyut dan melahu jugak la. Mudah jer terpengaruh dengan perkara2 lagha nih. Semuanya tidak seperti dahulu kala. Iman aku semakin lusuh. Hanya itulah yang dapat aku gambarkan selama mana aku berada di sini. Pada mulanya merasakan tidak sesuai unutk meluahkannya di ruang penulisan ini. Tetapi bila difikirkan kembali, biarlah luahan ini dicoretkan di dalam blog supaya ia dapat memberi manfaat kepadaku dan rakan-rakan pembaca.


Refill Refill !!

Apa yang paling penting kita hendahlah sentiase meng-refill iman kita kembali tatkala iman kita menuju ke 'empty'. Umpama men-refill ketika kereta nak abes minyak.


Empty kena la refill. Cam tu jugak iman.


Jangan membiarkan hati kita kosong tanpa iman, kerana ia akan menyebabkan diri kita akan ikut jer arus dunia. Contohnya seperti membiarkan kereta abis minyak kat tengah jalan, pastu lambai2 kepada mane2 pemandu yang sudi bawa kita. Kalau pemandu tu nak bawak kita ke destinasi kita Alhamdulillah la. Kalau tempat yang bukan destinasi kita? Rompak lepas tu jual kat siam? Kan dah naiya kat diri sendiri.
Adakah destinasi kita same dengan orang lain?

Nak tinggal kereta kat tengah jalan? 
Baek jual dari tinggal kat tengah jalan. dapat jugak duit kan2.




Lagipun kalau anda semua bijak la, takkan anda nak tinggalkan kereta anda di tengah jalan dan anda menumpang mana2 kenderaan selepas tu? Boleh nak u-turn balik tapi dah buang masa la tu. Anda fikir fikirkan lah.



Kak yah g kerja salu car pool dengan mak.

Tips 2 : Cara nak baiki Black Screen Error

Published by f.deNy dA grEat under , on 12:45



Setelah 2 minggu tidak menulis, akhirnya aku kembali gara2 laptop aku yang pening lalat sebentar (istilah laptop rosak tak de bagiku melainkan kalau betul2 letup dan terbakar baru aku guna istilah rosak)

Penyakit yang aku berjaya ubati laptop ni adalah penyakit dikenali sebagai "Black Screen Death"(aku tak tau mane asal omputih dapat name nih, tapi nama ni ada kat wikipedia) Komputer start, loading OS(operation system) dan log on dengan lancarnya, tiba2 apa yang dipancar adalah skrin hitam tanpa dihiasi apa2 kompenen image software. 

Anda tunggu ia loading 2 minit.. 
Nothing happen.

Anda tunggu 5 minit lagi.
Nothing happen.

Anda tunggu 30 minit lagi dengan sabar.
Nothing happen.

Anda reboot dan tunggu lagi sejam dengan lebih sabar.
Nothing happen.

Anda reboot lagi dan tunggu lagi sehari dengan lebih lebih sabar.
Nothing happen.

Apa lagi yang anda boleh buat?


......Tak de desktop, tak de start menu, tak de apa2. yang ada cuma cursor mouse jer

Lebih parah lagi kalau task manager ( Ctrl+Alt+Delete) anda disable oleh admin, padahal selama ni anda tak pernah disable kan. Haa apa yang korang nak buat bila hadapi situasi begini?


Aku tak kesah la kalau korang cari jalan penyelesaiannya dengan start safe mode ke, ataupun cari jalan lain dengan search kat internet apa benda masalahyna dan penyelesaian ke, ataupun tanye mane2 member yang terer komputer. Tapi aku paling tak gemar dengan jawapan "FORMAT KOMPUTER" (biasanya perempuan bagi jawapan nih)

Format adalah jalan penyelesaian terakhir sekali yang aku akan buat. (Rugi jack maen format2 nih, aku dah la banyak installer, program, application, movie, lagu rock)

Rata2 perempuan suka sangat format laptop diorang bila rosak sikit, kadang2 tak la rosak mane pon, system error sikit terus nak format. Well aku tak la cakap perempuan nih semuanya bodo (opps sori terkasar bahasa pulak, maksud aku kurang pandai) sebab ada jugak lagi lelaki lampi susah nak paham2. Dan ada jugak perempuan lagi pandai komputer dari aku. 

Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah tak kira la lelaki mahupun perempuan, kalau ada masalah sikit tu jangan la cepat2 give up terus format, cuba usaha sikit maen2 dengan system. 

Secara general pun, kita tak sepatutnya mudah putus asa dalam apa2 pekerjaan kita buat. Macam status fesbuk aku nih 
"Never give up on something that you can go a day without thinking about."


Ok dah2, sambung cite belek skren tadi.

Punca sebenar black screen ini muncul adalah services explorer.exe tak execute secara automatic, oleh disebabkan explorer.exe ini tidak execute, semua start up termasuk desktop, taskbar dan program lain tidak dapat di execute kan. Senang cite explorer.exe ini adalah processes yang paling asas umpama plug enjin ataupun nama melayunye palam pencucuh. Nak tengok explorer.exe bukak task manager dan tengok kat processes.

Cara2 untuk baiki Black Screen Error

A-Nak start explorer.exe secara manual 
1)bukak task manager ( Ctrl+Alt+Delete) 
2)tekan new task
3)taip explorer.exe dan volla~


B-Nak buat exporer.exe jadi automatik pula
1)bukak run (selepas komputer anda kembali normal)
2)enter regedit.exe
3)carHKLM\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
4)kemudian kat sebelah kanan panel, pastikan "Shell"="Explorer.exe"
(dalam kes ni, mungkin system dah tertukar registry "shell" = "explorer.exesvchost" )
5)dan lagi sekali volla~




C-Bagi kes yang tak dapat bukak taskmanager di A, anda kena log in sebagai safe mode. Nak masuk safe mode 
1)mase tengah boot komputer, tekan F8 ataupun F12 untuk safe mode
2)kalau boleh masuk safe mode with command prompt
3)buat step A diatas
4)kemudian step B
5)dan siap !!!




Bagi kes C, masalah takkan selesai dengan begitu sahaja, sebab yang menyebabkan anda tak boleh bukak taskmanager, regedit dan msconfig di run adalah virus/spyware. Yang tu la kena buat dalam safe mode dulu. Pas selesai g install anti-virus, anti spyware, defender  banyak2. Dulu aku ada 1 jer security : antivirus. Sekarang aku ada 4 jenis security : antivirus, anti spyware, defender, cleaner. (semuanya aku dapat free download dari internet)

Cam kebanyakan member aku dan kakak aku guna anti virus yang berbayar dan limited temporary (contohnya Karpersky) Aku tak pernah guna Karpersky, tapi bagi pendapat aku ia mempunyai pakej lengkap dimana ia bersamaan 4 security free aku tu.


Apa prosedur yang aku tulis diatas adalah hasil pengalaman aku membaiki black screen error nih, 
1)bermula dari pemahaman aku tentang punca masalah laptop aku, 
2)dah tau penyakit (black skrin) kemudian aku cari penyelesaian untuk membaikpulihnya, 
3)nak edit regedit tapi datang pula virus/spyware yang block taskmanager/msconfig/regedit,
4)masuk safe mode bagi mengelak virus block regedit
5)setelah selesai edit registry tu datang pula still tak leh bukak taskmanager
6)cari antispyware, defender, antivirus baru dan cleaner
7)taskmanager baru boleh bukak
8)dan volla~ (puas ati dapat baiki tanpa hilang sedikit data pun)

Well aku ada method yang lagi senang (hanya untuk vista dan W7), buat la system restore. Done.
(aku tak leh buat mase tu sebab system restore aku ilang dimakan dek virus)

Asalnya aku nak buat entry Vista Vs XP tapi bila aku tengok panjang sangat baik aku stop dulu.

Ramai lagi suka XP dari Vista sebab dari segi performance XP lagi baik sebab tak banyak pakai grafik.
Tapi ekceli vista lebih compatible dan lebih secure dari XP. Vista ada system restore dan system lebih banyak funtion berbanding XP. Haa lupa nak bagitau, cara2 yang aku ajar diatas hanyalah untuk Vista Dan W7 jer, untuk XP korang pandai2 la cari sendiri yea hehehee.....

Dah dah stop sekarang. Sambung nanti...





Vista dan XP ada pros and cons juga
yang ni aku tak pasti sangat, sebab ramai member aku install W7 tak leh maen game.. 
aku maen game pakai vista jer..

Tak perlu mencari yang sempurna. Terima la seadanya.

Published by f.deNy dA grEat under , , on 03:29




Pada kelas fizik moden(Level 7 Physics) rabu lepas, Dr.Chen Soo Kien berkata pada kelas


"Scientist have make reseach on beautiful crystal and they assume that crystal have perfect structure of molecule. But actual crystal never have perfect structure and every of them were defect. Same as people, nobody perfect"

Kristal Insulin

...aku tertarik dengan kata2 lecturer aku nih masa dia ajar bab solid state tentang pembentukan kristal. Sebenarnya kristal itu cantik adalah disebabkan kecacatan yang dialaminya, contohnya bendasing ataupun struktur yang tak tersusun. Itu yang menyebabkan ia unik antara kristal2 yang lain.



Pendapat aku: kita selalu menyangka benda yang cantik itu satu yang sempurna, tetapi hakikat sebenarnya yang menyebabkan ia cantik bukanlah 'sempurna' tetapi diatas kekurangannya sendiri.


Kita selalu ingin menjadikan diri kita sempurna, supaya orang lain suka pada kita dengan melihat kesempurnaan kita. Namun apa yang berlaku adalah mereka suka pada kita kerana ketidaksempurnaan kita.

Aku ada baca 1 artikel tentang ramai peminat heavy metal sangat suka bunyi 'wahh' solo Kirk Hammet dalam salah satu lagu album and justice for all. Ia merupakan bunyi yang sangat menarik. Namun Kirk Hammet sendiri menjelaskan bunyi 'wahh' itu merupakan kesilapan dia sendiri memetik gitar.


Ok dah2 tukar cite. 


Haa pas korang abes kuliah mesti korang seronok cerita sane sini kan, aku ada 1 kisah menarik untuk korang..

Kisah Amir mengejar cinta Nana. 
Amir dan Nana bersama2 menyertai kelab rekreasi di universiti mereka belajar. Amir berusaha memikat hati Nana sekian lama. Pelbagai cara Amir lakukan bagi menampilkan dirinya seorang menarik dan sempurna pada mata Nana, namun Nana langsung tak mengendahnya. 
Pada suatu hujung minggu, mereka bersama2 ahli kelab rekreasi pergi mendaki gunung Nur Bukit Unggul. Sepanjang perjalanan Amir sentiase cuba mendekati Nana tapi semakin dia mendekati Nana, semakin naik menyampah Nana. Semasa masak bersama2 di tapak perkhemahan, Amir buat2 rajin dengan basuh semua bekas makan dan beria2 menyalakan api. Tapi Nana buat2 tak paham sebab dia tau Amir saje buat2 rajin semata mata nak pikat hati dia. Dan dia langsung tak terpikat. Sian Amir..

Lepas siap masak Amir tertido sebab terlalu penat sambil terbongkang kat tepi khemah tersebut. Amir dengan sempoinya tido dengan keadaan mulut ternganga, tangannya tergaru2 badannya yang digigit nyamuk sambil memeluk beg khemahnya



Kebetulan Nana lalu disitu lepas dia mengemaskan perkakas masak, Nana melihat Amir sedang tertido. Tiba2 terdetik hati Nana suatu yang menarik tentang amir yang amat memikat hati nana iaitu cara amir tido. "Eii cute pulak dia tido nih"

Padahal kalau la Amir tau yang Nana sedang memerhatikan dia tido mesti dia malu habis sebab pada tanggapan dia, cara dia tidur tu akan buat nana tak suka kat dia sampai bila2, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Selepas itu Nana sudah jatuh hati dengan Amir secara tiba2. Amir sangka kan Nana sukakannya sebab sifat dia yang rajen poyo tu masa program camping tu, tapi Amir mengetahui perkara sebenar apabila mereka mendapat anak yang pertama.



Adakalanya orang lain nampak kita pelik dan janggal. Ape yang kita nampak sebagai sempurna dalam diri kita yang diharapkan sebagai faktor yang bakal menjadikan orang lain tertarik dengan kita, tetapi sebaliknya kekurangan diri kita yang menjadikan daya penarik bukannya kelebihan kita.

Tak perlu lah cari yang sempurna.


We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly. 
(Ranked No1 the best quotes in boadofwisdom.com)




Dah2 cukup. Ceramah pulak dia nih..



Baiklah aku ada satu lagi kisah menarik.



Kisah Mughti dan Aishah
Mughti adalah jejaka yang sangat tampan. Dia digilai oleh ramai perempuan2 di kampusnya. Bukan saja ketampanannya diakui oleh perempuan bahkan rakan lelaki juga. Aishah merupakan kekasih Mughti yang mencintai sepenuh hati. Dia dianggap seorang jejaka yang sempurna oleh kawan2nya, namun tidak bagi Aishah.
Naan unnei nei sekiren

Apabila satu hari Mughti bertanya kepada Aishah apakah yang menyebabkan dia jatuh hati kepadanya, Aishah menjawab dia jatuh hati padanya kerana suka mendengar suara Mughti menjawab telepon ketika waktu subuh dan dia tidak tertarik pon dengan kehensemannya itu. Rupanya 'suara bangun tido' Mughti yang menjadi pengikat Aishah bertahun tahun dan bukannya ketampanan wajahnya.


Jadilah diri kita yang sebenar. Kita takut nak menjadi diri kita sebenar diatas banyak sebab. Antaranya kita takut diri kita tidak ada keyakinan diri tentang kebolehan kita. Maka kita perlu memperbaiki diri kita. Ia adalah satu langkah yang bijak. Tapi perlu diperhatikan sebab orang mencintai dan terpikat kepada kita bukan didasarkan dengan perkara yang kita jangka menjadi sumber supaya mereka jatuh cinta. Tak perlu menjadi sempurna, tetapi bila kita berusaha tu orang akan nampak kita sempurna.


Hanya kesempurnaan yang menjadikan kekurangan dan kekurangan yang membawa kepada kesempurnaan.  



(Sebarang nama yang tentera diatas adalah rekaan semata2 dan tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal)

Wallpaper Tags 2010

Published by f.deNy dA grEat under on 11:29
Di tagged oleh Que 


1) You have to print screen wallpaper you are using right now

Cliff Burton(ex-bassist metallica) 


2) Tell us why you like this wallpaper
Favourites bassist aku hahak. Biasanya aku pasang wallpaper pemandangan yang cantik2. Tatkala aku ditagged masa ni aku pakai wallpaper yang ni.

*Desktop aku sangat kemas sekali~ hanya ada dua item jer tak sempat aku nak susun. Taskbar(start menu) aku kat atas. Kat bawah tu dell dock, shortcut untuk item2 penting. Aku masih lagi pakai vista tatkala ramai dah tukar kepada window 7, yang kononnya lebih laju daripada vista disamping graphics maintain.

3) Tag 10 people


Currently sangat2 happy bila dapat siapkan proposal individual research aku, tak abes2 asyek selak jer. (gambar atas tu pun masih bukak lagi) Puas hati~
We have done here. Now proceed to next moved.

13/3/10 (sun) - hantar kereta kepada tuan asal
-jumpe abah jap
 14/3/10 (mon) - Exam Vector Analysis
- Proposal Submit
15/3/10(tue) - Exam numerical analysis
- Presentation Research (kowt)
17/3/10(thu) - Exam Modern Physics